
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, berketurunan KDMR, dan boleh bertutur dalam bahasa KDMR.
2. Berumur antara 18 hingga 30 tahun (mengikut bulan lahir).
3. Bujang dan tidak pernah berkahwin.
4. Mempunyai ketinggian minimum 165 cm tanpa kasut.
5. Tidak pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Randawi Tavantang Kaamatan peringkat negeri Sabah.
6. Mempunyai pengetahuan asas mengenai suku kaum yang diwakili serta pakaian tradisional yang akan dipakai.
7. Berminat untuk mempelajari dan memelihara adat serta budaya tradisi KDMR.
8. Persiapan pakaian tradisi, solekan, serta sebarang kos yang ditanggung sepanjang pertandingan adalah tanggungjawab sepenuhnya peserta.
9. Peserta yang mara ke peringkat akhir (Top 7) dibenarkan menjawab soalan dalam Bahasa Melayu atau bahasa ibunda.
10. Peserta diwajibkan mengikuti semua program yang telah dirancang oleh pihak penganjur sebelum serta semasa pertandingan akhir.
11. Penyertaan serta gelaran Randawi Tavantang Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026 boleh dibatalkan atau ditarik semula sekiranya peserta didapati tidak menepati syarat yang ditetapkan, menyebarkan maklumat tidak benar, atau terlibat dalam tindakan yang mencemarkan nama baik penganjur.
12. Larangan Penggunaan Wakil - Peserta tidak dibenarkan menghantar wakil bagi pihak mereka untuk menghadiri sesi latihan atau program rasmi.
13. Komitmen & Disiplin - Peserta wajib memberikan komitmen penuh dan menjaga isiplin diri dalam semua sesi latihan, bengkel, dan aktiviti rasmi.
Peringatan mesra:
1. Sila isi borang lengkap yang telah disediakan secara dalam talian beserta dengan bukti resit pembayaran.
2. Yuran pendaftaran RM50.00 hendaklah dibayar secara dalam talian. Yuran tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri atau digugurkan akibat masalah disiplin.
4. Peserta bebas memilih pakaian tradisi yang akan dipertandingkan dalam Randawi Tavantang Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026.
5. Hakcipta dan Penggunaan Imej - Penganjur berhak menggunakan gambar dan video peserta untuk tujuan promosi serta dokumentasi rasmi.
6. Keputusan Juri Adalah Muktamad. Johan akan layak bertanding ke Randawi Tavantang Kaamatan Peringkat Negeri Sabah tahun 2026.
7. Peserta adalah dikehendaki untuk melakukan pembayaran secara atas talian (rujuk maklumat di bawah)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi individu yang bertugas;
1. Alvin Ajirin (+60 14-570 4756)
2. Firdaus Acha (+60 13-385 5579)